Pada tanggal 8 Mac 2014, Sabtu, dunia telah digemburkan dengan berita kehilang pesawat MAS MH370 dari KLIA menuju ke Beijing. Pesawat telah berlepas pada jam 12.41am dan di jangka mendarat pada jam 6.30am tetapi terputus hubungan dengan menara kawalan setelah 2 jam berlepas iaitu kira-kira jam 1.30am. Pesawat tersebut terputus hubungan dengan menara kawalan secara tiba-tiba dan tidak dapat dikesan oleh radar. Apakah yang terjadi?
Mula-mula aku dengan berita ni, masa tu dah petang sebab aku sibuk dengan USR di UniSZA, aku beranggapan kapal terbang tu meletup dan terjunam ke dalam laut. Tapi, bila berita mengatakan tiada serpihan kapal terbang dijumpai, rasa macam pelik pulak. Mungkin andaian aku salah tapi aku hanya manusia biasa dan mempunyai pendapat sendiri.
Bila dilaporkan pesawat tersebut kehabisan minyak, rasa macam kelakar. Tak mungkin pengendali-pengendali kapal terbang sangat cuai. Kerja yang sama dilakukan hari-hari; memastikan pesawat berada dalam keadaan selamat sebelum memulakan penerbangan. Dan isu ketiadaan minyak amatlah mustahil untuk aku dengari. Kalau mungkin kecuaian dari segi teknikal ataupun kegagalan sistem kawalan, aku boleh terima. Tapi ketiadaan minyak?? Kelakar.
Dan perkara pertama yang aku terfikir apabila mendapat berita ni adalah 'HIJACK'. Perkataan pertama terkeluar dan terpacul dari mulut aku. Kemungkinan pesawat tersebut di'hijack' sangatlah tinggi. Tapi itu cuma andaian aku, tak mahu melebih-lebih dalam berfikiran secara songsang. Namun, setelah sehari, berita mengenai passport palsu kepunyaan rakyat Itali yang digunapakai oleh mereka yang muka ala-ala Thailand dalam cerita Ong Bak, menguatkan lagi pemikiran songsang aku ini. Tapi, cuba untuk berfikiran positif, mungkin orang Itali tu mempunyai kacukan Thailand yang tak berapa nak cantik/hensem sangat kot. Tapi apakan daya, Zahid Hamidi da marah-marah kat imigresen x reti nak beza orang Itali dengan orang Asia.
Mungkin benar pesawat tersebut kehilangan kawalan dan tak mampu untuk berhubung dengan pusat kawalan walaupun pesawat tersebut antara pesawat yang tercanggih di dunia yang mempunyai pelbagai sistem yang canggih dan hebat. Siapa aku untuk menyangkal. Walaupun fikiran penuh keraguan kenapa tiba-tiba sahaja hilang kawalan tanpa ada sebarang petanda awal yang menunjukkan kapal terbang tersebut hilang kawalan walaupun hanya 2 jam pesawat tersebut berlepas dari KLIA dan ianya masih hampir dengan pesisir pantai Laut China Selatan yang mempunyai beberapa menara kawalan di kawasan kejiranan yang lain seperti Filipina, Thailand, Vietnam, mahupun China.
Tapi, apa yang dibincangkan oleh rakyat Malaysia?? Isu kemaharan penyokong PKR kerana Anwar Ibrahim bakal dipenjarakan selama 5 tahun yang menyebabkan mereka mengambil langkah drastik dengan meng'copy' bentuk serangan yang berlaku pada 11/9 dahulu cumanya ianya menjunam ke dalam laut kerana terlalu marahkan kerajaan?? Bodoh, politik memang bodoh!!
Tak mustahil pesawat tersebut telah di'hijack' oleh mana-mana rakyat negara asing contohnya Amerika yang sentiasa mencari peluang untuk menakluk bumi Malaysia. Ataupun rakyat Thailand yang cemburukan keamanan Malaysia. Tak mustahil. Kerana apa?? Kerana rakyat Malaysia terlalu sibuk memperbodohkan diri bergaduh sesama mereka berbalah mengenai politik. Tidakkah kau sedar wahai rakyat Malaysia, ada mata yang sentiasa memandang negara kita dan hanya menanti detik dan waktu untuk menyerang dan menakluki negara kita??
Peristiwa Lahad Datu telah memberikan gambaran awal kepada seluruh rakyat Malaysia. Di kala rakyat Malaysia sibuk berbalah berpolitik, penduduk Lahad Datu berjaya menyeludup masuk ke dalam bumi kita dan memulakan huru-hara yang hampir-hampir merosakkan negara kita. Salah merekakah memasuki negara kita tanpa izin? Tidak, ini semua salah kita. Kita yang terlalu rakus mengeji, bergaduh, berbalah sesama kita kerana perbezaan pendapat politik hingga kita lupa bahawa kita tergolong dalam kumpulan yang akan diserang.
Tapi apa iktibar yang dapat diambil dari peristiwa Lahad Datu? Tiada. Rakyat Malaysia masih lagi mengaitkan politik dengan peristiwa tersebut. Salah parti ini Lahad Datu diserang, salah parti itu Lahad Datu ditawan. BODOH!! Perkara yang sama berlaku dengan peristiwa kehilangan MH370 ini. Salah parti ini MH370 hilang, salah parti itu MH370 tak dapat dikesan. Dan timbul spekulasi juruterbang MH370 itu sendiri yang meng'hijack' kapal terbang tersebut kerana bengang Anwar akan dipenjarakan. Rakyat Malaysia ni da kehabisan modal berbalah agaknya. BODOH!!
Matanglah wahai rakyat Malaysia. Jangan perhambakan diri dengan politik yang akan memusnahkan negara kita sendiri. Takkan mahu tunggu Malaysia menjadi seperti Palestin, Afghanistan, mahupun negara kelahiran Nabi Muhammad, Syria baru kamu semua mahu sedar? Waktu tu dah terlambat. Sedarlah sekarang. Cukup-cukuplah bergaduh mengenai politik yang takkan kesudahan tu. Sama-samalah kita berganding bahu memastikan negara kita sentiasa aman.
Bersama-samalah kita berdoa agar rangka pesawat MH370 itu ditemui. Jika ada yang masih hidup, Alhamdu lillah syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Namun jika tiada yang hidup, tunjukkan jasad yang ada supaya hati-hati mereka yang dekat dengan mangsa kehilangan pesawat MH370 kembali tenang dan redha dengan ketentuan Allah.
Ibarat kelip-kelip ku sangka api, kalau api mana puntungnya, hilang ghaib ku sangka mati, kalau mati mana kuburnya.








