February 24, 2014

Menonton tanpa subtitles

K-Pop Star Season 3



Judges : JYP, YG & Antenna

TOP 10:

Kwon Jin Ah
Almeng
Sam Kim
Han Hee Jun (American Idol S11 Top9)
Bernard Park
Jjari Mongttang (Shorties)
Jang Hanna
Bae Min Ah
Nam Young Joo
Something (My fav!!)


Mengharap sangat Something dapat masuk Top 10. Nama diorang pulak last sekali disebut untuk Top 10. Menjerit aku dalam bilik sorang-sorang sebab diorang berjaya. Fav aku yang lain semuanya dah kena eliminate. Especially our princess, Brody. Aku memang suka gila ngan Brody ni. Dia xdela pandai sangat menyanyi but her voice is so unique and she's so cute too. Sedih bila dia terpaksa disingkirkan.


Lain-lain fav aku yang dah kena eliminate:

Hong Jeong Hui (Trot talent)
Yao Wei Tao (C-Pop Star 2nd place)
Heo Eun Yul (budak tomboy yang feminine)
Lee Jung Jin (Farm Kids)
Lee Chae Yeon & Lee Chae Ryoung (Lee sisters)

Ada jugak contestant yang aku tak nak bagi masuk Top 10 tapi berjaya jugak masuk Top 10. Antaranya Jjari Mongttang, Bae Min Ah, Sam Kim dan Nam Young Joo. Tapi apakan daya, suara diorang memang gempak. Jadi terima jelah keputusan juri.

So, siapa yang akan bergelar K-Pop Star kali ni??

February 23, 2014

Review

Korean drama yang tengok sekali rasa nak tengok sekali lagi:



Yup, Reply 1997 and Reply 1994. Sebabnya, aku pun xtau tapi sekali tengok terus addicted. Aku amek mase tengok both drama dalam 4 hari je, dengan total episode; 16+21=37. Mungkin sebab jalan cerita berbeza sikit dari drama-drama korea yang lain. Dan sepanjang tengok drama ni, membuatkan anda tertanya-tanya siapa sebenarnya 'The Husband' kepada watak heroin (ok, sebenarnya da tahu pun siapa). Bagi aku jalan cerita dia memang menarik.

Walaupun drama-drama melayu xleh buat cam drama ni, tapi kalau ada, mesti aku tengok jugak. Yelah, boleh mengenang kembali nostalgia lama, masa zaman kanak-kanak dulu, besar sikit minat boyband Westlife, BSB etc. But, harapan terkubur macam tu jelah, sebabnya drama melayu ni kebanyakan jalan ceritanya sama je. Bukan nak condemn, tapinya kenyataan. Bukan tak nak sokong, tapi xde apa yang hendak disokong. Sorry for my words.

My fav character in Reply 1997:


Of coz, mestilah Yoon Jae. Dari 1st episod sampai ending, memang paling suka Yoon Jae. Selepas 5 tahun habis sekolah, bertambah suka lagi pada Yoon Jae sebab dia da jadi judge yang matang. Hihi.

My fav character in Reply 1994:


Sorry Seu Re Ki, I lagi minat Bing Geu Rae. Memang sesuai mak Na Jeong bagi nama dia Bing Geu Rae, senyumannya boleh membuatkan anda turut tersenyum. Eventhough masa awal-awal tu confius sikit status Bing Geu Rae ni straight ke bengkang-bengkok, tapi dari awal dia keluar sampai ending, hatiku tetap bersama Bing Geu Rae. Dan lepas terpesona dengan senyumannya, terus minat B1A4, ke ke >.<

Satu kesilapan aku masa tengok drama ni, aku tengok Reply 1994 dulu baru Reply 1997. Jadi timbul kekeliruan sikit masa tengok tu. Lepas dah tengok Reply 1997, baru aku boleh relatekan balik dengan Reply 1994. Jadi, pesanan penaja, kalau tergerak hati nak tengok drama ni, sila tengok Reply 1997 dulu baru tengok Reply 1994. Chiao~


February 19, 2014

Bisu


Ada sesuatu yang aku ingin luahkan tapi tak mampu diluahkan

Bibir terkatup bisu, hanya mata memandang kelu

Minda penat, hati lelah

Tapi...

bisu



February 17, 2014

Teman



Sesuatu yang terindah
Dalam hidupku adalah

Selalu bersamamu
Menjadi sahabatmu 
Adalah anugerah bagiku 



Tiada sehangat senyum mesramu 
Tiada sebening gelak tawamu 
Seandainya kau beri izin 
Hendak ku menjadi 
Sahabat sejatimu 
Menjadi harapanku 
Adalah bersama denganmu 
Menjadikan aku cemas 
Adalah berpisah denganmu 




(SAHABAT SEJATI; Wan Nor Azlin)